Setelah seminggu merajuk dan tidak mahu makan, akhirnya kaloi peliharaan Pak Su @ Cepoi berakhir usianya. Sedih juga Cepoi, mana tidaknya teman bermain di kala berseorangan tiada lagi. Menurut Cepoi, kaloi ini diperolehi semasa berziarah ke rumah warisnya di Tasik Cenderoh. Ketika itu ikan ini hanyalah sebesar 2 jari orang dewasa. Kaloi ini telah dipelihara hampir 4 tahun dan beratnya1 kg.


Serangan kulat mungkin penyebab kaloi ini mati.

Wajah sedih cepoi memegang kaloi kesayangannya.

Seminggu sebelum kaloi ini menunjukkan tanda sakit, Cepoi pernah bergurau untuk memberikan kaloi ini kepada seorang rakan. Seminggu setelah itu ikan ini mula menunjukkan perangai seolah-olah merajuk dan tidak mahu makan. Minggu kedua kelihatan tompok-tompok putih pada sirip dan sisiknya. Ikan ini mati akhirnya walaupun telah dilakukan usaha untuk menyelamat dengan dimasukkan anti kulat dan baktiria ke dalam air tempat peliharaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan