Jumaat, 23 April 2010

Kelah Sungai Sungkai

Ketika sedang santai di jambatan Sungai Belimbing, tiba -tiba muncul seorang rakan Lan wahid, baru pulang dari menjoran di sungai 6B. Seekor kelah hidup yang tidak begitu besar. Lan sudi berkongsi gambar untuk tatapan rakan-rakan. Menurut Lan beberapa hari sebelum itu beliau dapat mendaratkan seekor kelah seberat 1.6 kg di lokasi yang sama.
Berhati-hati ketika bergambar, bimbang terlepas dan mencederakan Sang Kelah.Kelah ini dipelihara dalam akuarium milik Lan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan