Rabu, 14 April 2010

Sepanjang Malam Bersengkang Mata

Malam tadi bersama-sama orang lama "Pak Wahid" saya keluar untuk misi mengendap kelah. Aktiviti memancing malam telah agak lama saya tinggalkan sejak berpindah menetap di Slim River dan sejak rakan karib, Tok Pawang berhijrah ke Labuan. Entah bagaimana malam tadi teringin sangat untuk merasa semula sentapan Sang Kelah. Tujuan asal kami ialah di Jambatan Gantung, Tiang Betarah. Lebih kurang pukul 11.00 malam kami berangkat ke lokasi. Malangnya lokasi telahpun dihuni oleh kaki pancing lain. Mahu tidak mahu kami bergerak ke jambatan batu (keluar sedikit). Lebih kurang pukul 1.00 pagi kami dihampiri oleh sebuah kereta peronda polis.Ingatkan ada perkara penting, rupa-rupanya aktiviti rutin mereka, terpaksa meningkatkan kawalan.Barulah kami perasan pagar jambatan yang diperbuat daripada besi telah banyak dicuri.Lantaran itulah pihak polis terpaksa menjalankan rondaan dan mengawasi harta benda awam. Bersoal jawab jugalah kami lebih kurang 10 minit.Tepat pukul 4.30 pagi kami ambil keputusan balik kerana tiada langsung getuan pada umpan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan