Rabu, 14 April 2010

Trio Puaka Buat Kejutan Lagi

Sebelum keluar untuk menjoran malam tadi, saya sempat dikunjungi "triopuaka" iaitu Juragan Nizam Balun, Anip Batu dan Wan Pegawai. Termengah-mengah, saya fikir apakah halnya. Rupa-rupanya untuk berposing dengan 4 ekor patin sungai SKC yang mereka tewaskan sebentar tadi. Ketika sampai, ikan-ikan tersebut masih bernafas. Menurut Anip Batu, keempat-empat patin itu ditewaskan oleh juragan Nizam. Paling besar 5.5 kg dan yang lainnya lebih 3kg setiap seekor. Tahniah...

5 ulasan:

  1. tahniah...beso patin tu...bila la teman nak merase tarik patin sungai nie...

    BalasPadam
  2. teman pun sama, usahkan patin beso, anak patin pun x pernah....umpan sama, tempat sama, masapun kdg2 tu sama tp joran dia orang juga yang kena....rezeki mata je....

    BalasPadam
  3. hehe tul ke dpt kt sgai skc????? pesta gdangsa nie hikhik..

    BalasPadam
  4. eleh..patin tu beli kat pasar besout tu....heheh gurau je...

    BalasPadam