Sesekali tersasar jua.Kerapkali melakukan aktiviti menjoran kadangkala memenat dan menjemukan lebih-lebih lagi ikan sudah tidak mahu menjamah umpan. Justeru kesempatan diambil bagi melakukan aktiviti lain.Begitulan halnya dengan dua orang rakan puaka ini Cepoi dan Pak Ya Burung. Mereka bersusah payah meredah jalan ladang dan terpaksa melintasi sungai demi melaksanakan hobi yang tidak kurang cabarannya iaitu memikat tekukur. Pada 1 Mei nanti akan diadakan acara memikat secara besar-besaran melibatkan rakan-rakan pemikat seluruh Malaysia. Lokasi memikat akan diadakan di sekitar mukim jajahan Sungkai.Perasmian akan dilangsungkan di Dewan Serbaguana Felcra Cangkat Sulaiman, Sungkai. o Sumber: Cepoi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan