1Mei sempena cuti Hari Pekerja. Group mikat tekukur dan merbuk berkampung di Fecra Changkat Sulaiman. Objektif utama untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli.Saya tiba terlalu lewat di lokasi dan terpaksa bergegas pulang, lantaran ahli TTF telahpun masuk ke laman untuk aktiviti memikat. Di pertengahan jalan terserempak dengan 2 orang pemikat dari Pulau Pinang.

Terlalu leka berbual sehinggakan saya terlupa bertanyakan nama rakan ini. Menurut sahabat ini, mereka tiba pada hari Jumaaat dan bermalam di Sungkai bersama 6 rakan lain.


Lokasi: Di hadapan bengkel Golokkraf. 2 ekor tekukur dan seekor merbuk dapat dijinakkan.Laporan selanjutnya tentang aktiviti TTF Sungkai 2010 akan menyusul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan