Jambatan yang dibina pada tahun 1939 ini mencatat sejarahnya tersendiri terutama kepada vateran perang dunia ke dua dahulu dan keluarga mereka.Saban tahun mereka akan berkunjung ke tempat ini bagi bagi memperingati keluarga mereka yang terkorban. Menurut orang tua-tua di sini berlakunya pertempuran sengit antara pihak British dan tentera Jepun. Tentera Jepun dikatakan menggunakan sungai ini sebagai laluan untuk menyerang kedudukan British di sekitar Trolak Pekan.
.jpg)
Jalan raya yang dibina merentasi sungai Trolak berhampiran Trolak Pekan.
.jpg)
Di bawahnya mengalir lesu sungai Trolak yang suatu ketika dahulu dihuni pelbagai spesis ikan seperti baung, lampam,sebarau,udang galah serta bujuk.
.jpg)
Akibat perubahan zaman dan aktiviti manusia, sungai ini semakin tohor dan bilangan ikan sudah hampir pupus. Bujuk dan kerandang hampir tidak ditemui lagi
.jpg)
Air yang semakin tohor dan jernih menjadikan kanak-kanak berasa selamat untuk bermandi-manda.

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Sumber: Cepoi
salam..
BalasPadamkat tempat kita sama jer...semua dah pupus..ada pun ikan kecik jer..
Ya la Pak Long...d mana2pun sama, angkara kita dan pembangunan...
BalasPadam