Khamis, 24 Jun 2010

Ikan Linang Bukit Merah

Ikan linang, rupanya seperti belut tetapi di kiri dan kanan pipinya terdapat sepasang ridik. Bentuk mukanya agak comel berbanding belut. Di tempat saya, masyarakat setempat memanggil ikan ini dengan nama tuna. Harganya agak mahal. Masih saya ingat sekitar tahun 80-an bapa pernah menjual ikan ini dengan harga RM 24 sekilo gram. Sekarang harganya saya tidak pasti, dengar khabar harganya lebih mahal.Ikan ini diperolehi oleh adik beradik saya Abu Afaf, Halil dan Kudin sewaktu memancing di tali air Panchur, Bukit Merah pada minggu kedua cuti persekolahan lalu. Ikan ini masih hidup dan dipelihara oleh Kudin.Sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan Sdr. Halil.Aksi Halil setelah menjinakkan linang berumpankan anak udang.
Lampam juga berjaya dijinakkan.
Kudin juga turut mendaratkan lampam.

4 ulasan:

  1. Hari ini hari khamis..
    hari esok hari jumaat..
    hari ini kenangan manis..
    hari esok membawa berkat.
    hebat..kaki pancing belaka
    he he..

    BalasPadam
  2. Trima kasih Tuan zulkbo...nantikan paparan rakan-rakan puaka yang terbaru...

    BalasPadam
  3. boleh bgi no.fon abg hilal..??

    BalasPadam
  4. boleh bgi no.fon abg hilal..??

    BalasPadam