Pokok ara yang tumbuh di tebing sungai. Buahnya menjadi kegemaran ikan terutama patin.
Isnin, 28 Jun 2010
Misi Gagal di Sungai Cenderiang
Ahad, 27 Jun, pukul 1.30 tengah hari selepas habis kerja, bergegas ke sungai Cenderiang dengan Mat Trolak. Misi ulangan selepas mendaratkan kaloi 3 kg. pada minggu lepas. Pada perkiraan kami, air sungai pastinya besar lantaran hujan lebat pada hari Jumaat dan malam Sabtu. Jangkaan kami meleset, rupanya air amat surut, namun kesan air melimpahi tebing jelas kelihatan.Pohon-pohon teberau pula berselerak selepas dirempuh air. Kami yang terlewat sepatutnya kami ke sana pada hari Sabtu.


Joran Fenwick Eagle GT lapan kaki dan pasangannya Daiwa Regal 4000 yang bertukar tangan (asalnya milik Anip Batu) telah dua kali saya pertaruhkan, namun masih belum "menjerit".Ragutan ikan kecilpun belum saya rasai.





Masa dihabiskan dengan bersantai sambil melihat-lihat keindahan alam dan cuba mengenali beberapa spesis tumbuhan yang terdapat disini.
Pokok ara yang tumbuh di tebing sungai. Buahnya menjadi kegemaran ikan terutama patin.

Pokok ketum atau daun biak juga hidup liar di sini.


Pokok nona liar.
Sempat menunaikan kewajipan, sebelum berangkat pulang.

Tiada hasil yang dapat kami bawa pulang.
Pokok ara yang tumbuh di tebing sungai. Buahnya menjadi kegemaran ikan terutama patin.
takpe lain kali cuba lagi :)
BalasPadamGitulah sunnah pemancing, akan diulangi walaupun gagal...
BalasPadam