Khamis, 3 Jun 2010
Sukarelawan Malaysia ke Palestin Selamat
Terharu bercampur baur. Itulah keupayaan yang mampu saya ungkapkan. Betapa sempadan bangsa, keturunan dan agama tidak memisahkan penyatuan umat manusia yang berhati perut dan punyai kasihan belas, sanggup merentas samudra dengan ribuan kesukaran dan bertarung nyawa demi menyampaikan rasa kasih sejagat untuk rakyat Palestin yang tertindas. Rasa syukur tidak terhingga kerana kesemua anggota misi konvoi Freedom Flotilla Malaysia terselamat namun dalam masa yang sama dunia pastinya berduka dengan kehilangan nyawa, kecederaan serta penderitaan yang dialami oleh aktivis seluruh dunia yang terlibat dengan misi itu. Semoga pengorbanan mereka menjadi satu lagi medan pembakar semangat dan titik tolak ke arah pembebasan rakyat Palestin dan seluruh warga dunia yang ditindas. - Tokan.
Bantu kami selamatkan Palestin
BalasPadamhttp://savegaza2010.blogspot.com/p/help-gaza.html