Selasa, 8 Jun 2010

Tiada Habuan di Port Kelah Sungai Tunjung

"Tiada Habuan Lagi". Begitulah ungkapan yang mampu diucapkan. Setelah sekian lama tidak beraksi, lewat tengah hari tadi berkunjung ke Pot Kelah, Sungai Tunjung, Sungkai dengan harapan untuk memperolehi setidak-tidaknya seekor kelah untuk lesen 2010. Dengan ditemani sahabat,Ustaz dusuki, saya meredah semak samun dan mencari kedudukan yang strategik. Air sungai agak cantik kerana hujan tidak turun selama tiga hari. Setelah berpindah beberapa kali, usahkan memperolehi kelah, anak lampam pun tiada. Sesekali sahaja anak-anak ikan meragut umpan. Tepat pukul 6.00 petang kami beransur pulang dengan kekecewaan.Umpan puaka "jeruk sawit" gagal memikat kelah maupun lampam.
Bersedia untuk pulang.

Pokok sungkai-sungkai yang menjadi ikon dan asal usul nama tempat kami tumbuh meliar di sepanjang tebing sungai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan