Rabu, 14 Julai 2010

Pesta Puyu Part 1

Saya terima kiriman e-mail daripada suku sakat di kampung kelahiran saya. Sekarang ini mereka berpesta menjoran puyu. Rezki tambahan tatkala menjelangnya musim buang air sawah.Kali ini puyu yang diperolehi agak besar. Jumlah tangkapan yang diperolehi juga begitu banyak. Fenomena yang jarang-jarang berlaku. Moga-moga rezeki ini berterusan untuk jangka masa yang panjang. Saya menjadi begitu teruja untuk pulang ke kampung. Tambahan pula musim durian yang tiba.

Ini bapa saudara saya. Kira keluarga "puaka" jugalah....
Emak saudara saya.
Adik dan anak-anak buah sedang berpesta.





Sebahagian puyu yang berjaya dipancing.
Adik saya, Kuman dengan aksi tersendiri.



Saiz puyu yang cukup matang.
Keluarga "puaka" bergotong royong menyiang puyu.


Sumber: Kudin

1 ulasan: