Selasa, 20 Julai 2010

Pesta Puyu Part 8 - Jejak Puyu Jabatan Amal Malaysia Bagan Serai

Beberapa hari lalu, Jabatan Amal Malaysia Bagan Serai telah mengadakan program atau taklimat "Pengenalan Jabatan Amal Kepada Masyarakat" bertempat di Markaz Jalan Kubu Gajah. Sebelum ini, Jabatan Amal dikenali dengan nama Unit Amal Malaysia. Aktiviti menjoran puyu pula diadakan secara bidan terjun setelah sebilangan anggota dan pemimpin begitu teruja dengan perkhabaran Sang Puyu begitu banyak ketika ini. Fenomena puyu ini jarang-jarang berlaku. Saksikanlah aksi yang sempat dirakamkan oleh Pemungut Sumber Puakajoran, Saudara Kudin yang turut memancing bersama-sama Jabatan Amal Malaysia Bagan Serai.
Menjejak lokasi puyu- Kampung Sungai Imam, Tanjung Serani, Bagan Serai.




Lokasi dipilih.
Hasil pertama .
Puyu yang agak besar.
Masing-masing dengan gaya dan kemahiran memancing tersendiri.

Kudin dengan seekor haruan "curut".
Kuman juga beraksi.Haruan lagi.


Keli juga berjaya ditewaskan.
Puyu paling besar.

Hasil yang berjaya "dipunggah".








Taklimat "Tatacara Pemakaian Seragam Jabatan Amal" pada sebelah malam.

Petugas menyediakan hidangan makan malam.

Juadah daripada ikan segar yang dipancing pada siangnya.
Sambal belacan dan ulam petai.
Bersedia menikmati hidangan.


Gambar fail - Membersihkan pokok-pokok yang tumbang, akibat ribut di Batu Kurau, baru-baru ini.


7 ulasan:

  1. bila tgk gmbr pokok kelapa sawit, teringat kmpg halaman...
    rindu pulak nk balik rmh.

    BalasPadam
  2. Salam Sdr Tokan

    Minggu lepas saya balik rumah mertua di masjid tinggi. Rugi lah pulak tak memancing. Selalunya saya tak lepaskan peluang tu. Aktiviti unit amal tu kat mana pulak?

    BalasPadam
  3. wahh bestnya... abang kita memancing.. banyak hasil tangkapan... tak sabar pulak nak tengok.. journey2 yang akan datang... syokk tuh..

    BalasPadam
  4. Tokan 2 Tuan sabri...sayapun sudah lama tidak pulang ke kampung.

    BalasPadam
  5. Tokan 2 YB...jika pulang lagi, jangan lepaskan peluang...boleh kita memancing bersama-sama. jarak rumah saya dng masjid tinggi lbh kurang 7 km sahaja.

    BalasPadam
  6. Tokan 2 zikr..t kasih bkunjung dan selalu2lah bertandang.

    BalasPadam
  7. hu..hu..bestnya..dah lama tinggalkan pancing. laa ni pancing ikan kat pasar je..

    BalasPadam