Gambar yang dikirimkan oleh saudar Lil, seorang rakan yang bertugas sambilan di "Kedai Panjang ABC" Bidor. Menurut saudara Lil, sebarau ini diperolehi di sungai Cenderiang, tempat rakan-rakan Puakajoran selalu menjoran jelawat. Tiada paparan gambar beliau kerana beliau seorang yang agak pemalu. Kedai ABC adalah tempat rakan-rakan dan kaki pancing mendapatkan peralatan pancing dan umpan. Harga yang ditawarkanpun jauh lebih murah berbanding kedai-kedai lain. Khidmat nasihat juga boleh diperolehi daripada beliau kerana beliau juga seorang kaki pancing laut dan sungai.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan