Ahad semalam, saya dan Cepoi @ Pak Su seharian meronda pot sebarau sungai Cawang. Air sangat cantik. Kebiasaannya jika air begitu besar pastinya sebarau dan lampam mudik hingga ke atas namun tidak hari ini. Rakan-rakan yang saya temuipun tidak seorangpun dapat menjinakkan sebarau. Yang dapat hanyalah baung dan lampam. Di akhir rondaan kami terjumpa dengan Ali Burger, rehat dan berbual sahaja kami di situ, keletihan benar kerana seharian meronda di panas terik. Sempat jugalah menerima "bluetooth" gambar Ali sedang berposing di Ulu Basir pada minggu terakhir sebelum puasa hari itu. Dua hari selepas saya dan juragan Nizam melaksanakan misi Sepit Biru.
Hasil pertama seekor lampam jawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan