Selasa, 10 Ogos 2010

Misi Kelabau Bertukar Menjadi Misi Sepit Biru

Ahad, misi memburu kelabau. Maklumat yang diperolehi air sungai amat sesuai untuk aktiviti memburu kelabau.
Terserempak dengan Apoi dan rakan Renjer Kabloi sedang mengintip toman.
Air di pengkalan bot nampak sesuai untuk misi kelabau.
Sangkaan kami meleset, rupa-rupanya air putih susu dan membantutkan impian kami.Dengan tenang juragan memandu "pesawat tempur" Mercury 3k membelah air sungai yang putih susu.


Belat yang dipasang di tebing sungai.

Bubu juga kelihatan kerana air sungai agak surut.
Pasangan yang turun menjoran udang.
Berlabuh berhampiran jambatan Muhibbah,

Juragan Nizam beraksi.
Seekor lundu rupanya.

Seekor anak baung.
Akhirnya naik juga sepit biru.

Lundu lagi.
Sekali ini, Jenggo...
Aksi cemerlang.


Pokok ketum di tebing sungai.

Ini sahajalah rezeki yang dapat dibawa pulang.
Sepinggan udang.
Sepinggan ikan pelbagai jenis.
Dapat jugalah merasa sentapan Si Sepit Biru Ulu Basir walaupun tidak banyak.

Akhirnya misi kelabau bertukar menjadi misi sepit biru. Nasib baik sudah membuat persediaan awal. Jika tidak, terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan