Ahad 19 September, misi memburu sepit biru di Sungai Ulu basir bersama Juragan Nizam. Sedikit malang kerana bekalan umpan terputus. Kebanyakan kedai pancing tutup kerana cuti hujung minggu.Mahu tidak mahu terpaksa ke pekan Sungkai. Kebetulan kedai tersebut baru sahaja dibuka. waktu itu jam sudah hampir pukul 11.00 pagi. Agak lewat, di dalam hati terdetik, pastinya ditinggalkan Juragan Nizam yang sudah tentunya bersedia sejak pukul 7.00 pagi. Dalam kekalutan, tiba-tiba saya dikejutkan oleh kedatangan taukeh kedai tersebut membawa seekor kelah melebihi 1 kg. Selang beberapa minit seekor lagi... Saya jadi teruja lalu menyoal bertalu-talu. hasil maklumat, kelah-kelah tersebut dipancing oleh kaki-kaki pancing sekitar Sungkai. Ikan-ikan tersebut diraih oleh taukeh kedai tersebut untuk memenuhi permintaan peminat ikan akuarium. Sayangnya lokasi sebenar kelah-kelah itu dipancing tidak diperolehi.Jangkaan saya, mungkin di lokasi biasa iaitu sekitar Menderang atau Tuas 6B.
Dua ekor kelah melebihi 1 kg baru sahaja dimasukkan ke dalam akuarium.
Gambar ikhsan taukeh kedai.
Paparan berikutnya, sekitar aktiviti menjoran sepit biru Ulu Basir. Nantikan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan