Seakan tercabar Tok Pawang @ Hamdi dengan paparan gambar Pendy Evo dengan aksi-aksi samudra tempohari. Dua hari selepas itu, saya terima gambar kerapu kiriman beliau. kecilpun kerapu jugak. bukannya nak tunjuk gambar ikan besar atau kecil tapi hendak menyatakan aktiviti menjoran, aktiviti yang diwarisi secara turun temurun tu masih menjadi darah daging Tok Pawang walaupun di mana berada. Hidup Tok Pawang...

Menurut Tok Pawang, kerapu ini dipancing berumpankan ikan kembung dengan teknik pancing dasar.Selain ikan kembung udang hidup juga menjadi kegemaran kerapu.

Ikan belais dan anak kerapu dipancing menggunakan umpan roti. Pancingan dilakukan di bawah bot. Jika sudah menjadi rezeki tidak kira lokasi atau umpan pasti ada habuan.

Sumber: Pawang Labuan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan