Jambatan Baru Kelompang terletak beberapa kilometer dari Masjid Tinggi, sebuah pekan kecil yang jaraknya lebih kurang 5 km ke bandar Bagan Serai. Lokasi yang cukup mengasyikkan. Jambatan ini merentasi sungai Kurau yang berasal daripada aliran air kolam Bukit Merah hingga ke Kuala Kurau. Arus air pasang surut dan berwarna kehitaman agak menggerunkan. Di bahagian atas sungai (berhampiran Pekan Sungai Gedong) tebing sungai dilitupi gambut keladi bunting dan dirungkupi pohon jejawi manakala di bahagian ini (berhampiran jambatan Kelompang) kelihatan pohon nipah membanjari kiri dan kanan tebingnya. Sungai ini sinonim dengan hidupan lagendanya iaitu udang galah atau sepit biru. Satu ketika dahulu, pada musim-musim tertentu kelihatan bot atau perahu pemancing berlabuh di sini. Kini bilangan bot pemancing agak berkurangan lantaran hidupan sungainya yang semakin pupus disebabkan aktiviti pertanian dan kegiatan penubaan.
Salam bro,
BalasPadamN3 ini bikin gua panas laaa... hahaha..
Ini yang buat gua nak perasap kemenyan semua alatan pancing gua nih....
Bro, gua nak tanya sikit, lu ada petua atau teknik nak pancing ikan sembilang tak..???
Hello,
BalasPadamWonderful photography and interesting blog.
It's a new place for me....interesting country!
Regards from Romania - Europe!
Wind
salam...
BalasPadamni kampung den ni, sungai ni tompek mainan den maso kocik2. den dulu sekolah kek sekolah kebangsaan dato' mas'ud.