Selasa, 14 September 2010
Sekitar Aidil Fitri 2010
Memulakan perjalanan pulang ke kampung lebih kurang pukul 12.45 pada Syawal ke dua.Tiba di Bukit Merah lebih kurang pukul 3.30 petang. Perjalanan agak selesa walaupun sedikit perlahan di sesetengah tempat. Sengaja berehat di sini untuk mengimbau dan menyoroti lokasi menjoran. Kebetulan air yang agak surut dan jernih. Sesekali kelihatan kelibat sebarau menyambar anak-anak udang dan ikan di terusan berhampiran. Beberapa penjoran tegar kelihatan santai sambil menjinakkan Sang Lampam dan sebarau. Beberapa orang pemuda pula sedang menangguk udang untuk makanan arowana peliharaan mereka.Putra bongsu kami memerhatikan gelagat mereka.
Putra istimewa kami.Menjeling... pasti ada yang dihajatinya.....
Pantang nampak air, pantas menuju ke situ.Mahu berkubanglah tu... aksi kegemarannya....
Santai sambil menikmati bekalan lemang.
Aktiviti malam, BBQ ayam dan 30 kg kerang. Lemang turut diulang bakar.Meraikan rakan-rakan dan sanak saudara yang berkunjung dan berkumpul. Aktiviti berakhir pada pukul 3.00 pagi.

Meninjau kisah pembunuhan Dato Sosilawati, usahawan kosmetik terkenal melalui paparan internet via Celcom broadband. Terlalu sukar untuk diakses walhal dikelilingi pencawang pemancar di lokasi Simpang Ampat, Bukit Merah dan Bagan Serai.



Pagi ketiga Syawal 1431 berkunjung ke pusara ayahanda (Zainol Abidin b. Man) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 14 Syawal 1429 Hijrah dan adinda tersayang (Khairul Husni b. zainol Abidin) kembali ke Rahmatullah lewat 5 purnama selepas kematian abah. Kali kedua kami berhari raya tanpa mereka. Sedikit sebanyak menggugat keceriaan kami untuk berhari raya. Al Fatihah untuk mereka.






Menikmati laksa beras dan cendol pulut di sebuah kedai makan berhampiran SMK Abu Bakar Al Bakir (SABAR), Sungai Gedong. Makanan boleh di katogerikan lazat jugalah. Juadah istimewa hari tersebut, hidangan pakej kenduri.Kecekapan dan cara komunikasi pekerja perlu dipertingkatkan jika ingin terus maju.




Seterusnya menyusuri Jalan Banjar (Kalumpang) Masjid tinggi untuk meninjau "pot" menjoran sepit biru yang agak popular suatu ketika dahulu. Lampam jawa dan kaloi bersaiz mega juga sering di daratkan di lokasi tersebut. Nantikan catatan pada paparan berikutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan