Cepoi "Champion" Lampam Sungai Kellie's Castle, Batu Gajah 2010
Pulang dari berziarah dan menyertai majlis pengebumian Allahyarham Tn. Hj. Zulkifli b. Muhammad, kami meninjau-ninjau lubuk pancing yang terdapat di sekitar Batu Gajah. Setelah puas merayau dan meninjau beberapa batang sungai, akhirnya kami singgah di Kellie's Castle yang agak popular sebagai lokasi kunjungan pelancong dari dalam maupun luar negeri.Lokasi Istana Kellie's ini amat menarik, terletak di atas bukit kecil dan di hadapannya mengalir sebatang sungai. Lokasi ini kami pilih lantaran peralatan pancing yang kami bawa agak terhad .
Juragan Nizam memandu meninjau lokasi. Akhirnya singgah di sini.
Sungai yang agak tohor kerana beberapa hari hujan tidak turun. Berbincang seketika mengatur strategi. Mula mengenakan umpan. Mata pancing perambut 5 dan sawit busuk sebagai umpan pilihan. Itulah umpan yang sempat kami capai. Mat Trolak mengenakan umpan. Tidak sampai lima minit seekor lampam didaratkan. Saudara Azri dan adiknya, sebahagian pengunjung Kellie's Castle yang datang menyaksikan aktiviti menjoran sambil berkongsi pengalaman. Pada paparan berikut saya akan paparkan gambar-gambar aksi dan aktiviti menjoran saudara Azri. Saudara Azri bermastautin di Ipoh, Perak.Cepoi, rakan yang terakhir membuat lontaran kail tetapi pancingnya kerap diragut ikan. Dua ekor lampam sekali gus.
Juragan Nizam juga mendaratkan dua ekor lampam sekali gus. Bersedekah kepada kucing. Cepoi lagi. Sebahagian lampam yang didaratkan Cepoi. Mat Trolak mengejar ranking. Seekor lampam sebagai aksi penutup. Sebahagian lampam yang didaratkan. Akhirnya dalam masa beberapa jam, 35 ekor lampam berjaya didaratkan dan sebahagian besarnya didaratkan oleh Cepoi. Champion Lampam Kellie's Castle 2010.
Bestnyer .... bila lagi nak pi ....
BalasPadam