
Sebentar tadi saya dikejutkan dengan berita kembalinya En. Zulkifli b Muhammad, bekas Guru Besar SK Sri Besout pada tahun 1998 - 2005 ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya.Saya kira Allahyarham amat dikenali oleh masyarakat Felda Gunung Besout kerana sikapnya yang mudah mesra dan senang didampingi. Begitu juga dengan sahabat-sahabat pemancing sekitar sini, pastinya amat mengenali beliau. Ketika berkhidmat di Sk Sri Besout, beliau kerap mengunjungi kolam pancing sekitar Bidor untuk menghabiskan masa lapang. Juragan Nizam dan rakan-rakan lain pastinya akan terkenang lakaran suka duka bersama-sama beliau ketika itu. Apapun, Allahyarham telah selamat bertemu dengan Penciptanya. Jenazah Allahyarham akan disemadikan pukul 10.00 pagi esok (Sabtu-2 Oktober) di Sri Iskandar, Bota, tempat beliau dan keluarganya menetap sekarang.Kepada Puan Maria dan keluarga kami ucapkan takziah dan semoga dapat bersabar dengan ketentuan Ilahi. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama para solihin. Al Fatihah....
Gambar bawah Pn. Maria(isteri Allahyarham), pernah berkhidmat sebagai guru bahasa Inggeris di SK Besout 4 dan SK Besout 3 sekitar tahun 1998-2005.
innalillah...
BalasPadamAl-Fatihah..
smoga roh Allahyarham ditempatkan bersama org2 beriman.. amin...
Amin...
BalasPadaminnalillahiwainnailaihirojiun
BalasPadamal-fatehah
moga roh nya bersama para umat nabi muhammad saw yang soleh, amin. al fatihah
BalasPadamalfatihah...semoga keluarga arwah tabah dan redha ats ujian ini
BalasPadaminalillah....
BalasPadammoga arwah sentiasa dlm rahmat Nya..
Al-Fatihah.
http://improveslife.blogspot.com/p/friendship-exchange.html
AL-FATIHAH... moga roh arwah dicucuri rahmat dari Penciptanya.. amin...
BalasPadamSalam
BalasPadamArwah ni jiran saya. Saya baru masukkan n3 tentang kematiannya dalam blog saya.
Terakhir saya melihat beliau semasa solat suboh disurau kami di hari kematiannya, jumaat. Memang satu kehilangan bagi kami penduduk Desa Seri Iskandar. Alfatihah.
Al Fatihah...moga-moga Allahyarham Tn. Hj. Zulkifli b Mohammad ditempatkan bersama para solihin...Amin
BalasPadam