Jumaat, 8 Oktober 2010

KARNIVAL LIGA FUTSAL KEBANGSAAN FELDA / FAM 2010

Ketika ini bertempat di Dewan Futsal PUsat Komuniti Felda Besout 3, sedang berlangsung Karnival Futsal Kebangsaan Felda / FAM. Bersempena dengan karnival tersebut diadakan juga pameran dan gerai-gerai jualan. Karnival akan berlangsung sehingga 10 Oktober 2010. Orang ramai dijemput hadir dan bolehlah menyertai berbagai pertandingan yang diadakan.



Rakan-rakan joran cuti menjoran hari ini. Ali Burger membuka gerai jualan di sini. Juragan Nizam pun turut kelihatan memeriahkan gerai Ali Burger.


Aksi memanaskan badan oleh Team Futsal Felda.Salah satu gerai jualan yang sempat dilawati - Aura Life - Gerai jualan barangan penjagaan diri dan kesihatan.
Kopi Aura Life.
Tn. Hj. Mohamad Zainal b Lazim dan Isteri Wakil Pengedar Aura Life.
Tuan Hj. Roslan dan Tuan Hj. Zainal sedang mempromosikan barangan jualan.
Sedang mengadakan demo.


Orang ramai yang berminat untuk mengetahui tentang produk Aura Life bolehlah berhubung dengan Tn. Hj. Roslan - 0135951009.

Antara gerai-gerai yang terdapat di perkarangan Dewan Futsal.

Aksi-aksi pengunjung dan team Futsal.

Team Futsal Terengganu


Team Futsal Negeri Sembilan.



Pertandingan Tendang Bola Ke Belakang.

Urus setia dan Gerai Pertandingan Karaoke.
Bersedia untuk pertandingan.








Tuan Hj. Roslan sedang melayan pelanggan di gerai mini.
Bloger bertugas dibantu oleh Pengumpul Sumber Puakajoran, Cepoi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan