Isnin, 18 Oktober 2010

Sup Ringkas Udang Galah Puakajoran

Langkah 1.

Siangkan udang galah. Potong semua kaki, sonak dan sesungutnya. Keluarkan gigi dan cungkil keluar kantung yang mengandungi sisa makanan dan bahan tidak perlu melalui gigi udang yang dicungkil tadi. Cuci udang sehingga bersih.

Langkah 2.

Potong sedikit bawang besar@kecil, bawang putih dan sedikit halia. Tumiskan.Masukkan udang yang telah dicuci. Secawan dua air,bubuh sedikit garam dan biarkan seketika. Masukkan daun sup dan tambahkan sedikit cili api jika suka. Dan....Hidangkan bersama kelabau bakar cecah cencalok Melaka.

* Makan ketika perut lapar, apapun pastinya sedap.

Gambar atas: Kelabau bakar + cencalok+ sup ayam hutan.

6 ulasan:

  1. Wahh.. Tak cukup dengan udang and kelabau ada sup ayam hutan lagi.. Memang saya jealous tahap paling tinggi ni hehehe..

    BalasPadam
  2. salam..
    habis meleleh air liur tgk udang galah tu..
    sabar2..

    BalasPadam