Sebahagian ikan akuarium yang kelemasan angkara Si Kecil saya. Lantaran kehendak yang tidak difahami, Si Kecil saya memberontak.Akibatnya terbul, tengas,lampam dan udang galah di dalam akuarium kelemasan. Ditutupnya pam akuarium. Kini hanya tinggal 2 ekor jelawat, itupun tidak dipastikan sampai bila kedua-dua ekor jelawat itu dapat bertahan kerana pada hari ini, ikan-ikan tersebut berhadapan pula dengan bekalan elektrik yang akan tergendala bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 7.00 petang.
Rentetan daripada itu, saya ingin mengingatkan rakan-rakan dan pengunjung blog ini agar berhati-hati menggunakan mememori telefon, kamera ,Pendrive, hard disk maupun CD. Jangan gunakan untuk menyimpan gambar-gambar yang boleh mengaibkan diri. Jika terlepas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab pastinya gambar atau movie yang dihasilkan akan muncul semula walaupun dipadam atau diformat berkali-kali. Jangan juga memberikan memori telefon anda dengan mudah kepada orang lain sekiranya anda pernah mengisi memori tersebut dengan gambar atau bahan yang mengaibkan.
terima kasih di atas peringatan...
BalasPadamfuhh.. bahaya betul kalau memory bley jatuh kt tgn org lain..
mcm2 bley wat skang nie eh..
setuju dengan solihin :)
BalasPadammmng bhaye lah bro..software tuk proses dptkn knbali fail2 yg dh di dilete pun snng tuk dpt..
BalasPadam