Rabu, 10 November 2010

Jelawat Pertama Tahun 2010

Ahad, 08.11.2010 sekali lagi turun ke "pot" jelawat sungai Cenderiang bersama-sama Mat Trolak. Kami menyusur penempatan SMTD melalui ladang sawit dan lombong hinggalah ke sungai Cenderiang sebelah bawah. Seingat saya, ini kali ke 6 kami mencuba nasib di situ. Tiada seekorpun jelawat yang dapat kami tumpaskan sebelum ini, walhal kelibat jelawat kerap kelihatan. Hanya kaloi,lampam,terbul dan baung yang dapat dibawa pulang.
Tiba di lokasi kira-kira pukul 11.00 pagi. Terus ke tempat saya dipermainkan oleh seekor jelawat yang saya anggarkan lebih kurang 3.5 kg beratnya pada minggu sebelumnya. Begitu galak jelawat tersebut bermain arus sambil menarik daun teberau yang terjuntai ke dalam sungai. Seharian saya di situ, usahkan dimakan pelbagai umpan yang saya hulurkan, dihidunyapun tidak. Terpaksalah pulang dengan tangan kosong.

Langit mulai mendung seketika umpan dilabuhkan. Tanda pertama akan ada aksi seterusnya.

Kali ini, jelawat tersebut tidak menunjukkan diri lagi. Mungkin disebabkan air yang agak besar dan keruh. Saya tidak berputus asa. Hampir 3 jam saya di situ tanpa ada getusan kecil sekalipun. Saya terus menyusur ke bawah sehinggalah pukul 3.30 petang. Hujan mulai turun pada pukul 12.00 tengah hari. Kadang kala agak lebat.

Bosan dengan situasi tersebut saya kembali ke tempat Mat Trolak bersantai. Masih setia di situ dan memperolehi 2 ekor lampam dan selat kecil. Sesekali kelibat jelawat terlihat menyambar dedaun yang hanyut. Saya meninggalkan Mat Trolak di situ lalu bergerak lebih 500 m ke hadapan. Sehingga jam 5.00 petang, masih gagal melihat joran dilentur keras. Memaksa saya kembali ke tempat Mat Trolak. Hajat mahu pulang sahaja, tetapi tidak sampai hati melihatkan Mat Trolak khusyuk merenung jorannya.

Sambil lewa melontarkan joran atas sedikit daripada Mat Trolak berada. 15 minit berlalu, tiada juga sentapan. Mula menurunkan kesemua pancing yang dibawa.Sedang leka membetulkan joran, tiba-tiba terdengar loceng berbunyi dan joran dilentur keras. Akhirnya berpuas hati jugalah dengan seekor jelawat seberat 820 g. Kira jelawat pertama pada tahun ini. Mat Trolak juga berjaya mendaratkan seekor jelawat saiz lengan kanak-kanak tapi tidak sempat dirakam gambarnya kerana hujan yang agak lebat.

Mat Trolak turut "posing"
Tidak sabar menantikan cuti panjang..... kepada "Tok Pawang", jom kita beraksi.....

2 ulasan:

  1. Salam Tokan,

    Saya selalu beli jelawat di pekan sabtu bota kanan. Memang sedap, tapi mesti sungai punya.

    BalasPadam