Rabu, 17 November 2010

Qurban (Korban) Sebagai Ibadah

Alhamdulillah sehari sudah umat Islam di negara kita menyambut Aidil Adha. Masih ada baki beberapa hari lagi peluang untuk umat Islam terus melaksanakan ibadah qurban dengan menyembelih binatang ternakan untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Ibadah qurban seharusnya dilaksanakan sebagai ibadah bukan sebagai adat atau untuk bermegah-megah dengan mencanangkan berapa banyak bilangan qurban yang dikasanakan dan bukan juga sebagai peluang untuk mengumpul berapa banyak daging (bekalan) daripada haiwan-haiwan yang telah diqurbankan itu. Betulkanlah niat dalam melaksanakan ibadah qurban iaitu ikhlas tanpa mengharapkan sanjungan atau penghargaan daripada pihak-pihak tertentu.

Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 34 bermaksud:

Tidak akan sampai daging-daging dan darah haiwan yang disembelih itu kepada Allah tetapi yang sampai kepada Allah adalah ketaqwaan daripada kamu.

Ayat tersebut dengan jelas menyuruh kita melaksanakan ibadah qurban dengan ikhlas dan penuh ketaqwaan. Justeru itu amat wajar umat Islam membetulkan niat ketika melaksanakan apa-apa pekerjaan terutama yang bersangkutan ibadah.

1 ulasan: