Rabu, 29 Disember 2010
Selamat Datang 2011
2010 hampir ke penghujungnya. Sudah pasti banyak catatan suka dan duka telah dilalui oleh rakan-rakan pancing dan rakan bloger lainnya. Apapun yang telah dilalui, jadikanlah kesemua itu sebagai pengalaman dan pengajaran dan selayaknya kita bersyukur terhadap apa sahaja kurniaan Maha Pencipta.Semoga tahun 2011 memberikan sinar yang lebih gemilang.
Isnin, 27 Disember 2010
Khabar Dari Sungai Bernam
Khabarnya Apoi @ Renjer tuan punya blog renjersungai.blogspot.com lumayan lagi. Kali ini "gasak" tongsan sisik kasar pula di sungai Bernam. Kawasan Alah Batu.Ini kali kedua rakan-rakan joran mendaratkan tongsan selepas Parel beberapa bulan dulu. Tahniah renjer. Bilalah pulak giliran Tokanpuakajoran hendak mendaratkan tongsan. Menurut sumber, berat tongsan ini ialah 5.8 kg. Maklumat lanjut boleh dilihat di http://renjersungai.blogspot.com/ . Tokan dan Juragan Nizam sekarang sedang "gila" di lubuk rohu.
Sabtu, 25 Disember 2010
Rohu Terakhir Musim Ini Milik Juragan Nizam
Hari semakin meninggi, sebentar selepas dua lelaki pengunjung awal mendaratkan seekor rohu seberat 5 kg,tibalah giliran Juragan Nizam Balun pula mendaratkan seekor rohu dianggarkan melebihi 4 kg. Walau bagaimanapun sentapan kali kedua kurang kemas dan rohu dapat melepaskan diri. Pengunjung semakin ramai di tebing termasuk sahabat kami, Rakanpuakajoran Cepoi dan Pak Man Juragan, namun tiada lagi setapan rohu selepas itu, hinggalah hari beransur senja dan jika tidak salah penglihatan saya, penjoran yang berada di seberang sana lokasi tempat kami berkumpul juga berjaya menaikkan seekor rohu yang dianggarkan 4 kg. Saya kira inilah rohu terakhir pada musim ini yang dapat kami daratkan kerana kehadiran beberapa orang nelayan darat bermotor bot menarik jaring di lokasi tersebut. Punah impian kami untuk mengulang ke lokasi lagi. Patutlah rohu amat susah menjamah umpan, seakan-akan ikan-ikan ini tahu mereka terancam. Begitulah kehidupan, kita perlu bersaing untuk mendapatkan rezeki namun kebiasaannya, kita hanya beroleh sedikit berbanding "orang lain" yang selalunya mengaut hasil yang banyak. Pihak-pihak tertentu perlulah sedikit perihatin, jika semua lokasi menjoran (lombong dan sungai) bebas dipagar sesuka hati dan dijadikan milik persendirian, apalah nasib kami penjoran tegar dan anak-anak muda yang memerlukan aktiviti sihat untuk beriadah dan menjalinkan persahabatan. Tidak hairanlah jika anak-anak muda memilih aktiviti terlarang kerana hobi dan minat mereka sering dihalang dan disekat oleh "orang lain" dengan cara terhormat.
Lokasi ini ialah sebuah lombong yang agak luas dan dalam terletak berhampiran Sungkai. Lombong ini dikenali oleh rakan-rakan pancing dengan nama Lombong Cermin dan merupakan tempat menjoran bebas kerana terdapat aliran sungai yang masuk ke lombong ini. Walaupun aktiviti menjaring dilakukan, ikan -ikan di sini tidak kesemuanya dapat ditangkap, namun kebiasannya ikan akan mengambil masa yang agak lama untuk menjamah umpan semula selepas aktiviti menjaring dilakukan.
Rohu Petama 25.12.2010
25.12.2010 kami tiba agak awal bagi mengambil tempat di lokasi yang sering dikunjungi penjoran Team Trolak.Lokasi ini agak istimewa, penjoran yang berkunjung ke sini tidak pernah hampa. Rupa-rupanya "pot" ini sudah lebih awal diduduki. Kami menjadi pengunjung yang ke 3 dan ke 4. Tidak seperti biasa, hari ini rohu tidak mahu menjamah umpan. Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari barulah kedua-dua lelaki ini berjaya mendaratkan seekor rohu yang dianggarkan seberat 5 kg.Saya sempat merakamkan gambar mereka.
Dari Lensa Canon EOS 1000D Bahagian 2
Gambar-gambar yang dirakamkan pada hari kedua Misi Rohu.Khamis 23.12.2010
Kecilpun rohu juga...
Hampir 5 kg.
Menambat rohu...
Memasang umpan
Ayam hutan jinak.
Bakal menjadi barangan antik.
Model hari ini.
Berat juga. Perlu beli alat timbangan lain selepas ini.
Kecilpun rohu juga...
Hampir 5 kg.
Menambat rohu...
Memasang umpan
Ayam hutan jinak.
Bakal menjadi barangan antik.
Model hari ini.
Berat juga. Perlu beli alat timbangan lain selepas ini.