Lokasi ini ialah sebuah lombong yang agak luas dan dalam terletak berhampiran Sungkai. Lombong ini dikenali oleh rakan-rakan pancing dengan nama Lombong Cermin dan merupakan tempat menjoran bebas kerana terdapat aliran sungai yang masuk ke lombong ini. Walaupun aktiviti menjaring dilakukan, ikan -ikan di sini tidak kesemuanya dapat ditangkap, namun kebiasannya ikan akan mengambil masa yang agak lama untuk menjamah umpan semula selepas aktiviti menjaring dilakukan.
Sabtu, 25 Disember 2010
Rohu Terakhir Musim Ini Milik Juragan Nizam
Hari semakin meninggi, sebentar selepas dua lelaki pengunjung awal mendaratkan seekor rohu seberat 5 kg,tibalah giliran Juragan Nizam Balun pula mendaratkan seekor rohu dianggarkan melebihi 4 kg. Walau bagaimanapun sentapan kali kedua kurang kemas dan rohu dapat melepaskan diri. Pengunjung semakin ramai di tebing termasuk sahabat kami, Rakanpuakajoran Cepoi dan Pak Man Juragan, namun tiada lagi setapan rohu selepas itu, hinggalah hari beransur senja dan jika tidak salah penglihatan saya, penjoran yang berada di seberang sana lokasi tempat kami berkumpul juga berjaya menaikkan seekor rohu yang dianggarkan 4 kg. Saya kira inilah rohu terakhir pada musim ini yang dapat kami daratkan kerana kehadiran beberapa orang nelayan darat bermotor bot menarik jaring di lokasi tersebut. Punah impian kami untuk mengulang ke lokasi lagi. Patutlah rohu amat susah menjamah umpan, seakan-akan ikan-ikan ini tahu mereka terancam. Begitulah kehidupan, kita perlu bersaing untuk mendapatkan rezeki namun kebiasaannya, kita hanya beroleh sedikit berbanding "orang lain" yang selalunya mengaut hasil yang banyak. Pihak-pihak tertentu perlulah sedikit perihatin, jika semua lokasi menjoran (lombong dan sungai) bebas dipagar sesuka hati dan dijadikan milik persendirian, apalah nasib kami penjoran tegar dan anak-anak muda yang memerlukan aktiviti sihat untuk beriadah dan menjalinkan persahabatan. Tidak hairanlah jika anak-anak muda memilih aktiviti terlarang kerana hobi dan minat mereka sering dihalang dan disekat oleh "orang lain" dengan cara terhormat.
besarnye ikan :) ngee
BalasPadamMantap2 Ikannya... Besar2... Kemarin, saya juga sudah mancing...
BalasPadamSalam Kenal. Sudah di-follow blognya...
Follow balik, ya...
Alangkah bagusnya seandainya blognya pakai domain dot com, saudaraku...
Ini info ganti domain, bisa pakai paypal juga...
http://www.andriwiyasa.com/2010/01/cara-menggantisetting-alamat-blog-dari.html
fuh!besarnya ikan.
BalasPadam