Isnin, 20 Disember 2010

Kecundang Dalam Misi Jelawat ke 10

Jumaat 17 Desember, bergerak ke lokasi selepas solat Jumaat bersama-sama ustaz Dusuki. Kena badi jelawat sahabat kita. Walaupun dalam keadaan hujan lebat tetap mahu ke lokasi. Singgah di Tapah Road di rumah ayah mertua ustaz untuk mengambil motorsikal supaya dapat menggunakan jalan pintas.Cadangnya kami akan berada di lokasi sehingga pukul 8.00 malam namun dek tidak tahan kesejukan terpaksa bergegas pulang setelah menunaikan solat maghrib.Sudahlah kesejukan, nyamuk pula bermaharajalela. Lagi malang apabila lampu motorsikal gagal berfungsi secara tiba-tiba. 20 Km dari Tapah Road terasa amat menyeksakan. Bertarung nyawa dalam kegelapan malam menghindarkan kenderaan yang lalu lalang. Mujurlah tergerak hati membawa lampu keselamatan di samping lampu telefon bimbit sebagai lampu kecemasan pada bahagian belakang. Lebih melucukan di sebatang jalan pintas kami ditahan polis yang sedang membuat rondaan rutin. Sangkaan mereka, kami adalah pendatang tanpa izin. Setelah menceritakan keadaan sebenar kami dibenarkan meneruskan perjalanan. Begitulah catatan duka pada hari Jumaat 17 Desember. Lebih malang jelawat ke 10 gagal ditawan.





1 ulasan: