Khamis-2 Desember, bergegas ke lokasi dengan niat mendaratkan jelawat ke 8 untuk catatan peribadi pada musim ini. Mat Trolak pula dengan misi memburu ikan besar setelah berulang kali hampa. Sampai dilokasi agak lewat lebih kurang pukul 3.00 petang. Keadaan air masih lagi besar. Tebing masih ditenggelami air. Kelibat jelawat sesekali beraksi ganas menyambar dedaun dan bunga kayu yang hanyut.

Beberapa ketika umpan dilabuhkan pancing Mat Trolak dilentur keras. Saya kira pastinya tangkapan besar. Setelah didaratkan rupa-rupanya seekor jelawat seberat 700g. Tercapai juga misi Mat Trolak pada kali ini dan merupakan jelawat ke 2 pada musim ini.

Keadaan semakin gelap dan kami bersedeia untuk pulang setelah menunaikan solat maghrib di tebing sungai.

Ikan terpaksa disiangkan terlebih dahulu bagi mengelakkan membusuk memandangkan jarang perjalanan yang agak jauh.
Kecundang saya dalam misi memburu jelawat yang ke 8. Insyaallah Isnin ini menyambung semula misi yang gagal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan