
Slim River, 18 Januari - Seorang warga pendidik SMK Dato' Zulkifli Muhammad, Slim River terselamat dalam kebakaran kereta yang dipandunya lewat petang tersebut. Dalam kejadian, kereta yang dipandu Pn. Khadijah terbakar secara tiba-tiba.Ketika itu beliau baru sahaja hendak pulang setelah selesai sesi persekolahan. Orang ramai yang menyaksikan kejadian berusaha memadamkan api, namun gagal. Saya sempat menyaksikan rentetan kejadian. Apa yang memusykilkan saya, pihak bomba Slim River gagal membantu walaupun dihubungi berkali-kali. Jarak balai bomba Slim River dengan tempat kejadian hanyalah beberapa meter.Jika mengambil masa perjalanan kereta bomba ke situ, saya kira tidak sampai 4 minit. Saya berada di situ sekitar jam 6.48 petang. Beberapa rakan mangsa turut bergegas ke balai bomba tersebut untuk membuat panggilan secara lisan setelah pihak bomba gagal tiba walaupun panggilan tetefon telah dibuat. Saya begerak meninggalkan lokasi lebih kurang pukul 7.15 petang setelah kereta tersebut musnah sepenuhnya tanpa kehadiran pihak berwajib. Kelibat seorang kakitangan warga keselamatan berpakaian seragam putih (trafik) yang pada mulanya saya kira hadir untuk membantu mengawal lalulintas, rupa-rupanya membelok motorsikalnya ke kedai mamak. Hiba hati mlihatkan aksi pihak-pihak berwajib ini, jauh bezanya dengan perkhidmatan dan kecekapan yang selalu diuar-uarkan dalam media masa.Apakah mereka hanya boleh melaksanakan tugas apabila diarah. Ini bukan kejadian pertama yang saya musykilkan. Sebelum ini, (awal tahun 90-an) sederat bangunan kedai MARA yang berada betul-betul di hadapan balai bomba Slim River musnah dalam kebakaran awal pagi. Saya dimaklumkan, sewaktu itu beberapa kakitangan bomba hanya tercegat menyaksikan api yang mula marak. Kononnya mereka perlu menunggu panggilan atau laporan sebelum boleh bertindak. Begitu juga kebakaran yang berlaku kepada rumah salah seorang penduduk di Kampong Kurnia Slim River beberapa tahun lalu (jiran saya). Pihak bomba tidak mengetahui lokasi kampong Kurnia, sedangkan kedudukan kampung tersebut betul-betul di belakang balai bomba. Pelik dan ajaib, pihak bomba yang tiba ketika itu langsung ke arah hospital Slim River, tanpa melihat asap dan api yang sedang marak sedangkan dari balai bomba dapat dilihat dengan jelas kejadian ketika itu. Bukan mencari siapa silap atau salah, hanya ingin berkongsi kemusykilan.
* Lagi gambar dalam halaman facebook.
"Kononnya mereka perlu menunggu panggilan atau laporan sebelum boleh bertindak." - Susahlah kalau macam tu!!
BalasPadamnaik kete ini yang kita takut..huhu...say biasa keta VW terbakar sikit..nasib baik dan sembor..tidak pi..........sebiji VW
BalasPadamnapa boleh terbakar yer?..
BalasPadamkalau terlalu mengikut arahan jadi mcm itulah,
BalasPadamapa gunanya balai bomba dgn kereta bombanya yg harga beratus ribu kalau perkidmatannya mcm tu.
mina pun ade pengalaman dengan ambulans...sakit ati gle....kerja xikhlas...ish...
BalasPadameeee.. teruknye... nape nk tunggu report dulu baru leh bertindak.... nk tunggu ade yg terkorban dulu ke??? cb bygkan ahli keluarga dorg yg terlibat... nk tunggu report gak ke???
BalasPadamsejak guna RON 95, banyak pula dengar cerita kereta terbakar. eksiden sikit terus terbakar.... dulu tak ada la sangat
BalasPadam