Sabtu, 12 Februari 2011

Belut Umpan Menjoran Toman

Masih lagi dengan cerita bercuti di kampung. Tidak sabar rasanya untuk mencuba nasib, menjoran toman Bukit Merah. Setelah menikmati hasil buah-buahan dusun, mula mengerah anak-anak saudara yang kebetulan tinggal di kampung untuk  memancing belut bagi dijadikan umpan menjoran toman esoknya. Inilah rupa belut yang banyak mmenghuni permatang sawah yang berlumpur. Kebetulan musim menuai baru sahaja berlalu. Tidaklah sukar memancing haiwan ini. Tidak teringat pula saya untuk meninjau bagaimana kegiatan anak-anak saudara memancing belut. Jika tidak, sudah tentu dapat satu lagi paparan menarik. 
Bukan sahaja dapat dijadikan umpan, malah dapat pula dijadikan punca pendapatan atau wang saku anak-anak saudara saya. Lebih 6 kg belut berbagai saiz dapat dipancing mereka dalam jangka masa beberapa jam sahaja. Pasaran semasa belut RM 6 . Harga yang agak rendah, kerana cuti Tahun Baru Cina. Pada hari-hari biasa harganya lebih tinggi. Kata orang, belut ini  berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit kulit disamping dapat juga menghasilkan kulit yang cantik bagi orang yang selalu  memakannya.Bagi penggemar belut juga, kata mereka rasanya amat enak lebih-lebih lagi jika kena dengan cara memasaknya.
Ini wajah salah seorang anak saudara saya. Muhammad Khairul Ridzuan (Along), anak kepada arwah adik (Ronie). Begitulah aktiviti sampingannya, Memburu belut dan memancing sebagai mengisi masa terluang dan pendapatan dari jualan belut-belut ini dapat juga dijadikan tambahan wang saku.
 
Sesiapa yang ingin merasa belut atau ingin mengetahui cara memancing belut bolehlah berkunjung ke kampung kami.

8 ulasan:

  1. dulu slalu memancing belut... tapi kena banyak berhati2.... ular pon banyak...

    BalasPadam
  2. rezeki ada di mana mana kalau rajin mencari

    BalasPadam
  3. Bro,selalu guna anak keli,untuk memancing toman.Belut ni kena potong ke nak buat umpan.

    BalasPadam
  4. belut banyak khasiatnya ..zaman dulu belut digunakan utk menyebat kaki bayi n kanak2 yg lambat berjalan...hasiulnya menakjubkan...satu lagi memulihkan tenaga :)

    BalasPadam
  5. Belut sedap buat masak sup, salai, dengan masak merah cili api..

    Woww! Kecur air liur..

    BalasPadam
  6. to bro aku dan teksi, ya tuan...belut tersebut dipotong2 atau dibelah memanjang.Toman tertarik dengan bau hanyir darah. Ikan keli pun guna jugak tapi kerap kali mengganggu pemancing lain..maklumlah umpan hidup dan brgerak. jumlah pmancing kadang2 ramai....kepada semua pemberi ulasan...t kasih atas komen anda...

    BalasPadam