Jumaat, 11 Februari 2011

Toman Pembakar Semangat

Sesampai sahaja di kampung pada hari Khamis sebelum Tahun Baru Cina tempohari, saya telah "dibakar" oleh adik (Halil puakajoran). 4.5 kg toman Bukit Merah. Patut-patutnya tunggulah saya balik dahulu. Ini baru sampai sudah "dibakar" dengan toman bersaiz mega begitu. Panas.... seumur hidup saya belum mendaratkan toman...
Akhirnya toman itu disiang oleh emak dan menjadi resepi kami petang itu. Sedap pulak masakan emak. Setahu saya toman rasanya agak tawar. Pasti ada rahsia untuk menjadikannya sedap....sebelum ini saya pernah terdengar orang tua-tua berkata hempedu toman yang telah disiangkan dilumur pada badan ikan tersebut kemudian dibiarkan sebentar dan kemudiannya baharulah dicuci, akan dapat melazatkan daging ikan toman. Mungkin ada kebenarannya....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan