Ketika orang lain pulang ke kampung halaman mengambil peluang bercuti sempena Tahun Baru Cina, Ustaz Dusuki (rakanpuakajoran) dan iparnya mengambil kesempatan menjoran santai di perairan Lumut. Bosan dengan hasil sungai yang tidak menentu, ustaz Dusuki mula mengorak langkah, berjinak-jinak dengan pancingan air masin pula. Sepatutnya saya juga menyertai aktiviti tersebut tetapi terpaksa membatalkannya lantaran aktiviti keluarga telah terlebih dahulu dirancang. Bulan hadapanpun masih ada halangan, memberi laluan kepada kenduri kahwin sepupu. Bulan Mac rakan-rakan joran telah merancang melancong ke Sarawak pula. Entah bila dapat saya turut menjoran santai di di perairan Lumut.
syok nyer mancing tengah laut. sy selalu mancing kat rakit je..
BalasPadam