Jumaat, 4 Mac 2011

Pendaratan Yang Tidak Sempurna

Sebelum bertolak ke Peraiaran Lumut pada minggu lepas dua minggu sebelumnya, saya sempat menjengah ke Pot Pokok Getah, Kampung Alah Batu. Kononnya untuk menjinakkan kelabau yang tidak pernah saya tumpaskan di sini walaupun sudah lebih 10 kali mengunjunginya. Berbekalkan umpan sawit masak dan sawit potong saya kuatkan semangat untuk menerima sentapan Sang Kelabau. Lebih kurang 30 minit kemudian, joran menerima lenturan kuat. Sempatlah saya merasa tarikan Sang kelabau di lubuk ini. Kelabau berjaya meloloskan diri. Pendaratan tidak sempurna kerana akar getah yang berselirat di tebing sungai menggagalkan usaha saya melakukan pendaratan. Disusuli pula tebing yang agak tinggi. Saiz kelabau itu saya kira melebihi 1 kg. Sempatlah saya melihatnya seketika, yang pada kebiasaanya jika kedudukan yang sudah terbalik pastinya Sang Kelabau akan tewas namun bukan rezeki, sekali henjut...terputusklah perambut.
Akar getah yang menghalang pendaratan sempurna.
Seminggu kemudian, saya membuat kunjungan ulangan di lokasi ini. Juga bebekalkan sawit masak. Sekali lagi joran direntap keras, setelah puas bertahan akhirnya saya kecundang lagi. Tali asas benang dengan kekuatan 30 lbs putus dengan sekali sentap.


Terakhir semalam, sahabat joran "Panjang" pula tewas di sini. Kelabau yang sudah merapat ke tebing berjaya juga meloloskan diri. Anggaranberat, lebih 2 kg.

1 ulasan: