Setelah semua peralatan telah dikemas sejak awal dan dimasukkan ke dalam kereta dan bersedia untuk berlepas pada hari ini.Sudahnya saya terpaksa menarik diri di saat-saat akhir . Kempunan lagi untuk ke Tuas Yan. Bukan disengajakan tetapi keperluan yang mendesak.Kita merancang, Tuhan menentukan segalanya. Awal pagi tadi saya dikejutkan oleh salah seorang sahabat, terpaksa melaporkan diri pada pukul 10.30 pagi 17 Mac untuk kembali "bersekolah".Sebelum ini saya dimaklumkan tarikh melaporkan diri pada 19 Mac. Rupa-rupanya diawalkan. Apakan daya, terpaksa memerhatikan sahaja Juragan Nizam Balun bergerak meninggalkan daerah ini menuju Tuas Tenggiri. Di sana pastinya cikgu Mie dan cikgu Zul sedia menanti untuk beraksi. Kepada rakan-rakan yang akan berlepas pada pagi esok diharapkan beroleh hasil yang memuaskan dan moga-moga dijauhi daripada ancaman dan bahaya yang tidak diduga. Kepada sahabat-sahabat joran dan bloger yang perihatin dan sudi memberikan nasihat, diucapkan terima kasih.
Saya paparkan salah satu nasihat daripada sahabat yang perihatin....
Pesanan Saudara Junaidih.S dari Team Barira http://barirabadin.blogspot.com/
Salam... semoga selamat...team Barira sepatutnya ada trip 14 mac 2011 di Laut dalam perairan Pulau Tiga...tapi cancel setelah dapat persetujuan ramai...kepada rakan-rakan elakkan dulu ke laut dalam minggu ni kerana 19 mac adalah ramalan bulan terlalu hampir dengan bumi...ada kemungkinaan bencana yg tidak terjangka...tetapi sesungguhnya Allah swt penentu segalanya..kita hanya berwaspada...wasalam
Terima kasih tuan atas ingatan - Tokan.
ada masa ada ketika...boleh diteruskan... :)
BalasPadam