Rabu, 18 Mei 2011

SEKITAR SANTAI JORAN DI PERAIRAN SETIAWAN - LUMUT

Pengkalan Bot Muara Setiakawan. Ahad 15 Mei, bergerak dengan rakan-rakan Ustaz Dusuki, Sdr. Khir dan Juragan Nizam selaku "boatman" ke sekitar perairan Sitiawan- Lumut. Santai, sebagai aktiviti memanaskan badan sebelum bertolak ke Tuas Yan pada 21 Mei nanti. Tidak banyak hasil yang diperolehi hanya beberapa ekor spesis kecil.Rakan-rakan joran lain yang sama-sama keluar pada hari tersebut juga gagal memperolehi tangkapan yang memuaskan walaupun ada antara mereka yang menyusuri hingga ke Pulau Sembilan. Mungkin disebabkan arus yang agak deras. Apapun aktiviti ini boleh dijadikan aktiviti riadah pada hujung minggu. Jika ada sedikit pengetahuan dan pengalaman, anda boleh juga menyewa bot Muara Setiakawan (pandu sendiri atau sewa pemandu) untuk bersiar-siar sambil menjoran dengan rakan-rakan atau keluarga di sekitar perairan Lumut dan Pulau Pangkor.
































4 ulasan:

  1. blog mcm majalah joran, hobi suami saya gak.....

    BalasPadam
  2. gambar2 anda menarik..!
    hehe :)
    waa hebat memancing..

    BalasPadam
  3. Rasanya hari ni nak servis balik set joran yang dah bertapa selama 3 Tahun .... kene perasap dulu ka...

    Kalau nak pi mancing kat balik pulau teman ada gak geng kat sana .... hari-hari dia pi mancing ... katanya kalau pi mukat sampai tak larat nak pesiang ..

    BalasPadam
  4. tq visitors....baru balik dari Tuas Yan Kedah...nntikan paparan trip tersebut.

    BalasPadam