Sementara menanti trip Yan pada 23 Julai ini saya paparkan gambar yang dikirimkan oleh Suhaimi Hawari semalam. Pancing Kolam sebagai mengisi masa senggang beliau. Kira "ok" juga tu hasilnya. menurut Suhaimi jenahak tersebut ditumpaskan di Kolam Sri Tanjung. Saya tidak pasti di mana lokasi kolam tersebut. Esok, 10 Julai, Haji Mazlan,Ustaz Sobri dan Juragan Nizam khabarnya akan ke Kuala Gula. Misi ulangan memburu jenahak. Kebetulan air sedang cantik. Saya pula terpaksa berehat seketika lantaran ada perkara lain yang lebih mendesak perlu dilaksanakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan