Selasa, 26 Julai 2011

Marhaban Ya Ramadhan - Selamat Datang Ramadhan.

 KHUTBAH PUAKAJORAN
(Talkin Rakanpuakajoran dan Peringatan Kepada Yang Lupa Sempena Ramadhan al Mubarak)
السلام عليكم ورحمه الله وبركاته

بسم اللھ الرحمن الرحيم.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
 
Ramadhan datang lagi. Paparan ini acap kali dimuatkan tatkala menjelangnya Ramadhan al Mubarak.Diolah semula sebagai tazkirah atau peringatan kepada insan yang mungkin terlalai atau teralpa terutama kepada diri saya dan keluarga.

Rakan-rakan “Puakajoran” sekalian,

Diharapkan kehadiran Ramadhan pada kali ini memberi lebih rahmat , nikmat dan keinsafan yang mendalam. Inilah masanya untuk melipat gandakan amalan. Bayangkan betapa sedapnya melihat air sungai yang mengalir yang kadang kalanya keruh lebih dari teh tarik. Betapa sukarnya menahan rasa ketagih bagi “perokok tegar” yang sebelum ini dapat menghembus asap "bergulung" semasa menantikan joran disentap ikan. Penuhilah masa terluang itu dengan zikrullah dan tilawah al Quran.

Menjoran di bulan Ramadhan juga melatih kita bersabar dengan pelbagai karenah alam seperti sampah hanyut, air keruh, banjir , mata pancing tersangkut, godaan rakan-rakan yang tidak berpuasa dan lainnya. Kawallah diri dengan kesabaran yang tinggi. Ramadhan juga merupakan sesi terapi untuk menghapuskan bahan toksik atau kimia yang tidak berguna dalam tubuh melalui peluh yang terhasil ketika beraktiviti.

Rakan-rakan yang dikasihi,

Jangan dirimu menjadi seperti segolongan penjoran hina, yang menjadikan medan menjoran untuk berpesta makan. Jika pada bulan-bulan lain bekalan untuk menjoran hanyalah air masak dan roti tawar tetapi pada bulan Ramadhan, pelbagai minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais dan bekalan makanan yang kebanyakannya dibeli dari kedai orang bukan Islam. Perbuatan yang bukan sahaja memalukan tetapi meletakkan martabat Islam sangat rendah dan hina di mata orang -orang bukan Islam.

Apabila tibanya Ramadhan pastinya akan muncul segolongan penjoran iaitu "Penjoran bermusim".Penjoran bermusim ini tediri daripada kalangan mereka yang tidak pernah menyentuh joran, bahkan tidak ambil kisahpun fasal menjoran. Apabila tiba bulan puasa, muka mereka ini muncul secara tiba-tiba dan ramai pula. Penuh “pot” di tepi sungai. Amat menyedihkan, mereka ini datangnya dari kalangan remaja Melayu yang cukup bijak mengulas isu, terutama isu politik dan kepimpinan Melayu Islam. Hebat sungguh penjoran-penjoran ini. Lebih malang, golongan yang berada di hujung usia senja juga turut mengambil bahagian dan seolah-olah menjadi "guru" kepada golongan remaja terbabit.

Sedar dan insaflah wahai rakan penjoran. Masyarakat kita hari ini kebanyakannya mati kerana banyak makan, bukan mati kerana tidak makan. Seharian tidak menjamah makanan tidak menjadikan kita hilang upaya sebaliknya lebih berupaya. Hentikanlah tabiat buruk dengan berselindung disebalik aktiviti menjoran untuk “Melantak Sakan” dan menderhaka kepada Allah!Ingatlah!"Dua kegembiraan bagi orang-orang yang berpuasa, satu semasa ia berbuka dan satu lagi semasa ia menemui Tuhannya" Wallahuaqlam- Tokan.

 
 (Tuan Guru Dato Sri Hj. Abdul Hadi Awang - Pemimpin,VIP,seorang tua dan penjoran tegar yang boleh dijadikan idola, meneruskan amalan puasa sunat walaupun berada di tengah lautan).

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah, lagi beberapa hari kite akan memasuki bulan ramadhan...ape2 pon selamat berpuasa di bulan ramadhan...bulan yang penuh dengan keberkatan.... :)

    BalasPadam
  2. Selamat Berpuasa semua... Sronok tgk Tok Guru(My Idola)... joran & mesin TG power tu...

    BalasPadam