Ketika ini rakan-rakan sedang bergerak menuju lokasi - Yan Kedah. Kumpulan pertama terdiri daripada Cepoi@Pak Su, Ustaz Dusuki, Tok Kie Golokkraf dan Ustaz Sobri memulakan perjalanan seawal pukul 5.00 petang tadi.Berita terkini, mereka baru sahaja melewati Parit Buntar, Perak. Kumpulan kedua terdiri daripada Abu Afaf (MTAZ),Sdr. Firdaus (TOYOTA) Sdr. Rushdan (RAPID KL) bergerak pada pukul 7.45 petang tadi dari Ulu Langat, mereka akan transit di Slim River, mengambil saya , kemudian ke Gunung Semanggol menjemput Sdr. Kudin Puakajoran dan Sdr. Abrar (Silverstone), langsung ke Parit Buntar untuk menjemput Juragan Nizam Balun. Kami akan berkumpul di Markisa Homestay, Guar Cempedak sebelum berlepas ke tuas pada pagi esok. Sementara itu kumpulan Haji Mazlan yang menarik diri di saat akhir khabarnya akan bertarung dalam misi ulangan memburu jenahak di Kuala Gula. SEMOGA BERJAYA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan