Khamis, 14 Julai 2011

Rumah Pekerja Sekolah Nyaris Dirempuh Lori

Rumah pekerja sekolah (Che Ah) nyaris dirempuh lori.Dikatakan kegagalan brek menyebabkan lori yang sedang diundurkan terus menggelongsur turun dan nyaris menghentam kenderaan dan rumah salah seorang pekerja sekolah Kebangsaan Besout 3.

 Pembantu Klinik Kesihatan Felda Besout memberikan rawatan segera kepada pemandu lori.

 Lori tersebut tidak dapat dikawal setelah menurunkan muatan di sini.
Pemandu yang panik tidak berganjak dari tempat duduknya hampir 45 minit memaksa pembantu perubatan memberikan suntikan untuk menghilangkan rasa terkejut beliau.
 Kedudukan rumah yang berada di bawah (cerun) jalan boleh mengundang padah jika tersilap langkah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan