Selasa, 16 Ogos 2011

Lebahpun Nak "Follow" Puakajoran

 
Sejak beberapa hari lalu terpandang beberapa ekor lebah berterbangan sekitar kelas. Rupa-rupanya sekawan lebah sedang membina kediaman di dalam salah sebuah almari di belakang kelas.Nasib baik lebah-lebah ini dari kumpulan lebah kecil atau biasa disebut lebah lalat. Lebah jenis ini tidaklah berbahaya, walau bagaimanapun tetap menyerang jika terancam.Cuma gigitannya tidaklah seperit lebah madu atau lebah tualang.
Mengikut pengalaman saya, lebah jenis ini juga menghasilkan madu, cuma kuantitinya sedikit.Kali pertama saya merasa madu lebah ini,lebih kurang 7 atau 8 tahun dulu, di rumah sahabat joran, Pak Omar. Ketika itu Sang Lebah bersarang di dalam almari dapur Pak Omar. Selepas itu saya kerap terserempak lebah-lebah ini bersarang di sekitar bilik kosong di tempat kerja, namun jarang-jarang dapat dipungut madunya.
Untuk makluman, lebah ini amat sensetif kepada racun serangga. Lebah-lebah ini akan mati jika terkena semburan racun serangga seperti Sheildtox atau ridsect aerosol.Masih saya ingat lebah-lebah yang bersarang di dalam almari Pak Omar mati kesemuanya akibat racun serangga. Walhal semburan dihalakan agak jauh dari sarang lebah, bertujuan membunuh semut yang berpusu-pusu datang mencuri madu. Pesanan saya,jika ingin memelihara lebah secara suka-suka, jauhi penggunaan racun serangga.
Awas! Walaupun agak jinak, jangan ditiru aksi di bawah. Lebah-lebah ini mungkin menyengat jika terancam. Sengatan kepada orang dewasa tidaklah membawa apa-apa bahaya tetapi mungkin mudharat kepada kanak-kanak.
Lebah-lebah ini boleh digunakan sebagai umpan menjoran. Ikan puyu, terbul dan lampam amat menggemari serangga ini, namun tidak sampai hatilah pula untuk mengorbankan serangga yang disebut dalam kitab (al quran) dan "berjasa besar" dalam produk kesihatan ini.
Nota: Sayangi Khazanah Alam.....

8 ulasan:

  1. erk??? tangan awak ke tu Tokan??? berani nyerrrrr...

    kat dalam atap belakang rumah saya ada sarang lebah ni. Selalu kalau nak jemur kain mesti takut2 tahu? Anak jiran dah 2x disengat...adeii...

    nak kena spray yer? gerenti mati ke???

    BalasPadam
  2. ya...takut juga..buat2 berani sebab nak pindahkan barang2 dari dalam tu...lebah2 tu begayut dekat al quran tu..dia org nak guna, so saya keluarkan.Ada juga bebudak yang kena sengat pagi semalam tapi dia org selamber jer....

    Ya...ari tu kat umah kawan kena spray(x sengaja) abis mati...nak lagi power guna bygon spray... nak grenti tu x berani la...

    BalasPadam
  3. nak belajar bagaimana dan kaedah untuk mengambil madu lebah

    BalasPadam
  4. Saya kira tuan lebih arif tentang hal tersebut...

    BalasPadam
  5. beraninya tokan letak tgn kt situ.. yg tgk ni over risau pulak

    BalasPadam
  6. byk nyer..kot2 ada madu nanti;)

    BalasPadam
  7. lebah2 ni nak follow pancing kot,nak jadi umpan.

    BalasPadam
  8. x sampai hati nak buat umpan...silap2 tangan kena sengatan..

    BalasPadam