Rabu, 24 Ogos 2011

Trip Tuas Yan - Sekadar Makluman Bukan Iklan

Pihak kami menerima beberapa pertanyaan dan permohonan daripada rakan-rakan joran di luar kawasan yang berminat menyertai misi ke Tuas Yan pada 18.09.2011. Duka cita dimaklumkan, 3 buah bot yang ditempah, telah penuh. Walau bagaimanapun  penjoran yang berminat bolehlah berhubung terus dengan Cikgu Azmi (Cikgu Mie) Penyelaras Trip di talian 0195128352 untuk tempahan bot dan tekong lain yang terdapat di Pengkalan Nelayan Kuala Dulang (Bergantung kepada kekosongan).
 Cikgu Mie Kuala Dulang
 
Bagi memudahkan urusan, penjoran perlulah menyediakan kumpulan penjoran sendiri, maksima 6 orang untuk sebuah bot dan deposit sebanyak Rm 450-500 sebagai cagaran bot di"bankin" ke akaun Cikgu Mie atau pengusaha tuas.

Sebagai maklumat tambahan, Tuas Yan mempunyai puluhan tuas (tukun) yang diusahakan oleh pengusaha tuas. Setiap pengusaha kebanyakannya mempunyai 1 tuas dan 1 bot. Pada pengetahuan saya, Tuas Wan Dulang, satu-satunya  tuas terbesar dan memiliki 3 buah bot.

Sekiranya trip kita diaturkan pada tarikh yang sama, kita masih dapat berjumpa dan berkenal-kenal kerana masa pergerakan pergi dan balik dari tuas, adalah hampir sama. Jika anda mengenali kami, sapa-sapalah kami. SEKIAN - MENJORAN UNTUK SEMUA - Tokan Pj.

* Sebenarnya sebahagian rakan-rakan di sinipun terpaksa ditinggalkan lantaran terlewat mendaftar atau ada urusan yang tidak dapat dielakkan.Bagi pihak rakan-rakan yang tersenarai, saya memohon berbanyak maaf terutama kepada Sdr. Wahab, Hj. Mazlan, Abu Afaf dan Tok Kie....Insyaallah, bersedia untuk trip berikutnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan