Sabtu, 13 Ogos 2011

"Tuak Halal" Menu Berbuka Hari Ini

"Tuak" meminjam istilah masyarakat Pantai Timur, sebutan bagi minuman nira kelapa atau nira nipah. Bagi masyarakat Pantai Barat pula "Tuak" biasanya dikaitkan dengan minuman yang memabukkan hasil pemeraman nira kelapa atau nira nipah dalam jangka masa tertentu. Tuak yang saya paparkan di sini bukanlah tuak yang memabukkan tetapi air nira nipah yang telah disejuk bekukan. Nira ini saya perolehi daripada salah seorang sahabat yang pulang ke kampung baru-baru ini. Menjadi kelaziman setiap Ramadhan, beliau pastinya tidak melupai  rakan-rakan di sini dengan membawa ole-ole dari negeri kedah itu.

Tak kenal maka tak cinta, bagi penggemar nira pastinya tidak dapat melupai akan keenakan nira. Dengan rasanya yang manis dan aroma yang mengasyikkan pastinya akan menjadi ingatan orang yang pernah meminumnya. Di tempat kelahiran saya amat sukar untuk mendapatkan bahan ini sekarang, padahal satu ketika dahulu cukup popular dengan keluaran cuka nipah secara kecil-kecilan.Bukan sahaja air nira tetapi masih segar dalam ingatan, sekitar pukul 11.00 pagi akan lalulah sebuah lori membawa tempayan-tempayan besar yang pastinya di dalam tempayan itu mengandungi air nira yang telahpun menjadi tuak.AWAS....air nira yang bertukar menjadi tuak, haram untuk orang Islam meminumnya namun akan menjadi halal apabila melepasi jangka waktu tertentu (40 hari jika tidak salah). Ketika itu, tuak sudahpun menjadi cuka.

Nira kelapa pula boleh didapati di gerai-gerai tepi jalan sekitar jalan menuju ke Bagan Datoh, Perak . Sekarang saya tidak pasti samaada nira kelapa masih lagi dijual di situ.Nira nipah senang diperolehi kerana cara pengambilannya yang lebih mudah berbanding nira kelapa. Mengambil nira kelapa perlu memanjat pokok kelapa sekurang-kurangnya sehari dua kali, manakala mengambil nira nipah tidak perlu memanjat.Apapun segalanya bergantung pada kemahuan pengusaha dan sumber bahan tersebut. Jika generasi hari ini tidak lagi meneruskan pekerjaan mengambil nira sebagai warisan, satu hari nanti generasi kita tidak akan tahu bagaimana rasanya nira segar.
Bubur lambuk juga salah satu menu yang tidak asing lagi ketika Ramadhan menjelma. Bubur ini disediakan oleh pihak GPW Felda Gunung Besout 3 dan diagih-agihkan kepaada warga kerja Felda Besout, termasuk kami.Dua atau tiga hari sekali pastinya ada juadah ini.

SELAMAT BERBUKA....SEMOGA AMALAN DIBERKATI OLEH ALLAH.

8 ulasan:

  1. perghh...nira dengan bubur lambuk dua2 saya suka....terbaik bro!!!

    BalasPadam
  2. mengidamnya rasa nk makan bubur lambuk.ni yg smngat lebih nk apply cuti awal!

    BalasPadam
  3. sampai sekarang aku tak dapat minum air nira lagi....takkan aku nak ke kedah semata2 air nira..huhu..

    BalasPadam
  4. di kampung saya, terengganu tuak ialah air wajib di meja kami. saya tak gemar. tapi mak dan semua warga emas yg lain nampak tuak mcm nampak kek secret resepi...hehehe...

    tuak tak sempat simpan nak dibuat cuka dah licin ditelan rakyat jelata di kampung hehehe...

    BalasPadam
  5. tak pernah rasa bubur lambuk...kalau air nira banyak kat kampong seri...buat gula merah

    BalasPadam
  6. Tokan2 khairil...memang best nira nipah kedah...Tokan2 Zati Embung, kat bazar Iftar pun banyak jual bubur lambuk...beli jer. Tokan 2 Assoy...saya dok slim pun dapat rasa juga...boleh pesan pada siapa2 yang balik kampung...nira sawit x der ker? boleh ke buat nira daripada sawit????sapa ada info??? Tokan2 pn. manis...kalau minum banyak2 air nira ni x kena kencing manis ke??? org kata antara khasiat nira ni dapat menyejukkan badan..betul ke...saya masih ingat, ada org kampung saya dulu...naik azan kat surau pukul 12.00 tgh hari akibat minum nira yang dah jadi masam...mabuk lah tu...tokan2 Seri...mesti best dok kampung...hari2 dpt minum nira segar...gula nira tu gula macam gula kabung, ada org kata gula melaka ada org kata gula gerek...ke apa ke? Best dapat makan buah melaka yang intinya ada gula tu...masa pecah kat dalam mulut...bestnyer....T. kasih berkongsi info.

    BalasPadam
  7. kat sini banyak yang jual nira ni .. sampai tak larat nak minum dah .. tapi skali2 layan ok gak ..

    BalasPadam
  8. semacam plak nmpk air nira nie..heheee

    BalasPadam