Jumaat, 9 September 2011

Antara Trip Tenggiri Tuas Yan dan Jelawat Sungai Cenderiang

Sebentar tadi terima makluman daripada Mat Trolak.Sedang beraksi di sungai Cenderiang dan baru sahaja terlucut seekor kaloi yang dianggarkan seberat 3 kg.Berita begini membuatkan hati mula diamuk resah.Tidak sabar untuk turut beraksi.
 

Pada perkiraan saya pada musim-musim hujan begini, jelawat dan kaloi akan banyak menjamah makanan bagi mengumpul tenaga untuk melapaskan telur pada musim banjir yang dijangkakan pada penghujung bulan Oktober hingga Desember.

Gambar arkib,jelawat 1.8 kg yang pernah saya daratkan hujung tahun lepas.
 Hati diamuk resah bercampur rindu lantaran pada minggu hadapan kami akan beraksi di Tuas Yan.Jika tidak, pastinya saya akan berkunjung juga ke sungai Cenderiang.Saya kira hampir 8 bulan tidak ke sana lantaran tarikan Tuas Yan.Apapun bergantung kepada laporan Mat Trolak nanti.Jika jelawat kembali mengganas maka akan berkampunglah saya di sungai Cenderiang pula.Pada minggu lepas, rakan-rakan melaporkan mereka telah mendarat beberapa ekor jelawat sungai Kinta seberat 3kg. setiap seekor.

2 ulasan: