Dirundung malang. Ketika rakan-rakan masih berjuang di tuas, kumpulan 2 Puakajoran yang dibarisi oleh Juragan Nizam,Tokan,Pak Su Puakajoran,Ustaz Dusuki,Ustaz Sobri dan Ustaz Azizan terpaksa mengalah awal.Bot yang dinaiki berlepas pulang pada pukul 2.00 petang lantaran mengalami masalah teknikal.Masalah dikesan awal sewaktu mahu berlepas, namun tekong menggagahinya dan gagal untuk ke tuas yang sepatutnya. Kami berlabuh di tuas kepunyaan orang lain.Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari masalah bertambah kritikal. Enjin bot tidak dapat dihidupkan.Cik Aq selaku tekong terpaksa meminta tekong bot yang berada berhampiran untuk membaikinya. Jika tidak, bot terpaksa ditunda ke pengkalan yang mungkin mengambil masa beberapa jam untuk sampai dan mungkin menyusahkan bot lain.Setelah bertungkus lumus beberapa ketika akhirnya tekong bot berhampiran,Pak Halim berjaya mengatasi masalah.Tekong bot kami Cik Aq, mengambil keputusan drastik terus pulang.Hampa dan kecewa sambil berharap kumpulan 1 (Sekutu puakajoran) dan kumpulan 3 (Bersih 2.0) dapat menebus kehampaan kami.Sehingga catatan ini diterbitkan, mereka masih belum pulang.Misi kali ini, kumpulan kami hanya berjaya menjinakkan seekor tenggiri,seekor belitung,seekor barat dan beberapa ikan kecil sahaja.Keadaan cuaca juga agak buruk pada hari ini.
Mungkin ada kebaikan disebaliknya...
BalasPadamSegalanya ketentuan Allah...kita hanya merancang
tak ada rezeki...mungkin di lain masa akan dapat kembali...
BalasPadam