Isnin, 24 Oktober 2011

Gamitan Tuas Yan Sempena Cuti Deepavalli

Puakajoran.blogspot mengambil kesempatan merakamkan ucapan selamat menyambut Deepavalli kepada seluruh masyarakat India dan penganut agama Hindu."Selamat Hari Deepavalli".Cuti sempena Deepavalli ini akan digunakan sepenuhnya oleh rakan-rakan puakajoran untuk bertarung membelah ombak ke Tuas Yan.Setelah gagal empat minggu berturut-turut dalam misi menjinakkan jelawat di sungai Cenderiang, rakan-rakan puakajoran akan kembali bertarung di tuas.Trip yang dipimpin oleh Juragan Nizam akan disertai oleh rakan-rakan Puaka Trolak iaitu Li Kembar, Bro Radzi,Sdr Lan.Saya sebagai "bidan terjun" menggantikan Pak Su @ Cepoi yang menarik diri di saat-saat akhir.Seperti biasa, penyelaras trip ialah Cikgu Mie Radzi Kuala Dulang.Kumpulan penjoran akan berlepas dari Sungkai, lewat petang ini.Diharapkan misi kali ini membuahkan hasil setelah kecundang akibat kerosakan bot pada trip yang lalu.

4 ulasan:

  1. hati2 musim2 hujan ni :) kala u ade mase nti renjer nak join :P

    BalasPadam
  2. T kasih atas ingatan.29/10 ada trip lagi kekosongan untuk 3 orang...hubungi juragan Nizam seger utk tempahan.

    BalasPadam
  3. boleyh boleyh
    hahah hurmm slmt berjuang !!1

    BalasPadam
  4. nak g pun takut2 je hihi mabuk laut da :P

    BalasPadam