Khamis, 24 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433 -Misi Tenggiri Kohort ke 9/2011

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433.Jika takut dilambung ombak, usah berumah di tepian pantai. Perkhabaran duka untuk misi puakajoran kohort ke 9/2011 pada 22.11.2011 yang lalu.Hanya 3 ekor tenggiri berjaya didaratkankan. Itupun kerana kepakaran tekong Jan, Cikgu Mie dan Sdr. Pendy Evo.Ikan-ikan lain yang turut termakan umpan hanyalah 2 ekor banang dan seekor alu-alu yang didaratkan oleh Sdr. Amar(pendatang baru dalam kumpulan) dan juragan Nizam.Lain-lain penjoran hanya mampu mendaratkan beberapa ekor ikan kecil dan seekor mayong.

Sebelum berangkat pulang dari jeti sempat juga bergambar kenangan di sini.




Ombak yang menggila tidak akan mematahkan semangat kami.Pada 08.12.2011  dan 21.12.2011 nanti kami pasti bertandang lagi.Paparan seterusnya untuk kohort ini akan menyusul.

Ahad, 20 November 2011

Tuas Wan Dulang,Kami Datang Lagi!

Tuas Wan Dulang.Kami datang lagi!.Trip Tuas Yan Kohort ke 9/2011 akan berlangsung pada 22.11.2011.Dua buah bot akan menyertai misi pada kali ini.Antara penjoran tegar yang menyertai misi ini ialah Juragan Nizan,Amarius,Cepoi@Pak Su,Sdr. Omar,Pak Dolah Sirih,Hj.Mazlan, Ustaz Sobri dan beberapa orang sahabat lain.Misi berlepas pada 21.11.2011.Seperti biasa penyelaras trip ini ialah Cikgu Mie Kuala Dulang.Seperti trip-trip yang lalu,sekali lagi saya menjadi penjoran "bidan terjun" menggantikan Sdr. Wahab yang menarik diri  pada saat-saat akhir.Semoga cuaca baik dan misi dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Jumaat, 11 November 2011

Pendaratan Tidak Sempurna Ketika Trip Tenggiri Cuti Deepavali

Baru berkesempatan untuk memaparkan Trip Tuas Yan sempena cuti Deepavali yang lalu.Trip yang kelapan untuk musim ini seperti biasa dipimpin oleh Juragan Nizam telah disertai oleh rakan-rakan Puaka Trolak iaitu Li Kembar, Bro Radzi, dan Sdr. Lan.Saya sebagai "bidan terjun" menggantikan Pak Su @ Cepoi yang menarik diri di saat-saat akhir.Seperti biasa, penyelaras trip ialah Cikgu Mie  Kuala Dulang.Kami bertolak agak lewat dan tiba di Yan kira-kira pukul 11.00 malam.Trip berlepas ke tuas kira-kira pukul 8.30 pagi keesokan harinya ditekongi oleh Wan Dulang dan dibantu oleh cikgu Mie.Pergerakan kami agak lewat kerana keadaan air laut yang terlalu surut pada ketika itu.
 
Saudara Radzi dan Lan membuat persediaan sejurus tiba di homestay.
 Juragan Nizam menyediakan perambut tenggiri.
 Berlepas agak lewat (8.30 pagi) kerana keadaan air yang surut.







 Sebuah lagi bot milik Wan Dulang berlabuh di tuas yang sama.

Tidak puas bertarung pada sesi ini kerana banyak pendaratan yang tidak sempurna dan gagal .Lontaran pertama yang dilakukan oleh cikgu Mie,Juragan Nizam dan saya terus menerima sentapan namun hanya saya yang berjaya mendaratkan seekor tenggiri dengan bantuan tekong Wan.Cikgu Mie dan Juragan Nizam terlepas peluang.Lontaran berikutnya sekali lagi menerima sentapan serentak iaitu cikgu Mie,Tekong dan Juragan Nizam namun hanya tekong yang berjaya mendaratkan seekor tenggiri dengan sempurna.Begitulah aksi seterusnya.Banyak sentapan dan enjutan yang diterima tetapi rakan-rakan gagal beraksi sempurna.Keseluruhannya cikgu Mie menerima 9 kali sentapan, hanya seekor tenggiri berjaya didaratkan.Tekong Wan 5 sentapan, berjaya mendaratkan 2,Juragan Nizam 4 kali sentapan hanya mendaratkan 1,Saudara Radzi 2 sentapan, berjaya mendaratkan 1 dan saya mendapat 1 daripada 3 sentapan.Hingga ke akhirnya kami hanya berjaya mendaratkan 6 ekor tenggiri sahaja manakala yang terlucut atau terputus hampir 20.Rakan-rakan di bot yang seiringan juga demikian rupa, terpaksa berputih mata.Mungkin keaadaan arus yang agak deras dan ketangkasan tenggiri bertambah.Tidak terbeban dengan kekuatan tali Barkerly Big Game berskala 12 dan 15 lbs.Kami berlepas pulang pada pukul 3.30 petang kerana mengejar masa air surut.Jika terlewat dan air terlalu surut,kami mungkin terlepas peluang untuk kembali ke pengkalan dan terpaksa menanti hingga air pasang semula.




6 ekor tenggiri. Ini sahajalah hasil yang berjaya kami perolehi untuk trip tersebut.Seekor untuk seorang.

Trip berikutnya ialah pada 22 November nanti.Dua buah bot dengan 12 orang penjoran dijangka berlepas untuk kohort ke 9.Seperti trip yang lalu, saya hanya bersedia untuk menjadi "bidan terjun" bagi  rakan-rakan yang berhalangan atau tidak dapat menyertai misi pada saat-saat akhir.

Selasa, 8 November 2011

Persediaan Bertarung Dengan Tenggiri

Qurban Aidul Adha 1432.Kemeriahan sambutan Aidil Adha turut dirasai di mana-mana.Suku sakat puakajoran, Abu Afaf tidak menang tangan memberi hidmat masyarakat, menjadi "juru sembelih" di kawasan kejiranan setempat.Aidil Adha kali ini beliau tidak sempat berkumpul bersama-sama keluarga di kampung.Aktiviti "mengeraskan tangan dan urat saraf" sebagai persediaan bertarung dengan tenggiri Tuas Yan nanti.






Lagi paparan di :
http://islampenyelesaian.blogspot.com/2011/11/qurban-kejiranan-taman-pinggiran-delima.html

Isnin, 7 November 2011

Bot Nelayan Karam di Yan:Enam Sahabat Terapung 30 Jam

SUNGAI PETANI: Enam sahabat kaki pancing berdepan detik cemas apabila terapung hampir 30 jam dalam laut dengan berpaut kepada tong minyak dan tong ikan yang diikat pada sebatang rotan panjang sebelum diselamatkan sepasang nelayan suami isteri kira-kira tiga kilometer dari pantai Kuala Kedah, malam kelmarin.Kegembiraan enam sahabat itu keluar memancing dengan bot yang baru dibeli bertukar mimpi ngeri apabila bot berkenaan karam di perairan Yan berhampiran Pulau Songsong, pada jam 2.45 petang, Sabtu lalu.

Bukan itu saja, enam sahabat yang tinggal berjiran di Taman Semarak, di sini, juga terpaksa menyambut Aidiladha dalam keadaan yang tidak dijangka apabila terapung hampir sepanjang hari, kelmarin.
“Sayu kerana menyambut Aidiladha ketika terapung di tengah-tengah laut,” kata Sairi Ibrahim, 51, seorang daripada mangsa kejadian itu ketika ditemui di sini, semalam.

Selain Sairi, lima lagi rakannya ialah Fatah Yahya, 45, Shafie Saidin, 52, Salleh Hamid, 47, Abdullah Yusof, 56, dan Alang Kasturi, 56.

Menurut Sairi, mereka terapung tidak jauh dari kawasan pantai Yan dan dia dapat melihat rumah penduduk selain mendengar takbir raya dari surau kampung berkenaan.

“Malam itu ketika terapung di laut kami melihat lampu sepanjang pantai dan cuba berenang ke arah daratan, tetapi dihanyutkan semula ke tengah. Ketika itu kami dengar azan dan takbir, tapi lama-kelamaan ia hilang selepas kami dihanyutkan jauh ke tengah,” katanya. Sementara itu, rakannya Fatah, berkata apa yang terlintas dalam kepalanya hanya mati kerana tiada siapa yang dilihat boleh menyelamatkan mereka manakala hari semakin gelap.

“Kami memaut apa saja yang ada dan saya berpaut pada tong minyak,” katanya. Semua mangsa diselamatkan sepasang nelayan suami isteri berhampiran Tukun Kepala Batu Tokong, kira-kira tiga kilometer dari Kuala Kedah.

Nelayan terbabit, Abdul Satar, berkata dia bersama isterinya turun ke laut untuk menangkap sotong sebelum terdengar orang menjerit.

“Sebaik terdengar jeritan itu, saya berpatah balik dan terjumpa mereka terapung keletihan. Saya ambil mereka dan beri mereka makan dan minum sebelum dibawa ke daratan ke Balai Polis Kuala Kedah,” katanya. Semua mangsa dibawa rakan mereka ke Hospital Sultan Abdul Halim, di sini, pada jam 1 pagi semalam dan dirawat sebagai pesakit luar.

Diangkat dari: http://www.hmetro.com.my/articles/Enamsahabatterapung30jamakibatbotkaram/Article

Sabtu, 5 November 2011

Aidil Adha 1432 Disambut Meriah

Aidil Adha 1432 disambut dengan meriah.Rata-rata surau,masjid,perkampungan dan taman perumahan mengadakan majlis qurban sebagai ibadah bagi menyambut Aidil Adha.Saya sempat meninjau beberapa lokasi sekitar daerah Slim River bagi menyaksikan aktiviti penduduk setempat.Di surau Kampung Kurnia,Slim River, sebanyak 5 ekor lembu diqurbankan oleh penduduk setempat.Menurut cikgu Syamsul Ali, salah seorang AJK yang terlibat mengendalikan program tersebut, daging-daging qurban itu akan diagih-agihkan kepada fakir miskin dan penduduk setempat.Sebahagian lagi akan dimasak secara bergotong royong dan dihidangkan kepada penduduk di situ.
اللّهُ اكبرو لِلّه الحمدَ











Di Masjid Daerah Slim River, sebanyak 9 ekor lembu dan seekor kambing dikorbankan oleh kariah setempat dan juga hasil sumbangan beberapa jabatan koperat dan kerajaan.Walaupun dalam keadaan hujan renyai program berlangsung dengan meriah.





























Daging qurban diagih-agihkan kepada fakir miskin dan masyarakat setempat.