Khamis, 24 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433 -Misi Tenggiri Kohort ke 9/2011

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433.Jika takut dilambung ombak, usah berumah di tepian pantai. Perkhabaran duka untuk misi puakajoran kohort ke 9/2011 pada 22.11.2011 yang lalu.Hanya 3 ekor tenggiri berjaya didaratkankan. Itupun kerana kepakaran tekong Jan, Cikgu Mie dan Sdr. Pendy Evo.Ikan-ikan lain yang turut termakan umpan hanyalah 2 ekor banang dan seekor alu-alu yang didaratkan oleh Sdr. Amar(pendatang baru dalam kumpulan) dan juragan Nizam.Lain-lain penjoran hanya mampu mendaratkan beberapa ekor ikan kecil dan seekor mayong.

Sebelum berangkat pulang dari jeti sempat juga bergambar kenangan di sini.




Ombak yang menggila tidak akan mematahkan semangat kami.Pada 08.12.2011  dan 21.12.2011 nanti kami pasti bertandang lagi.Paparan seterusnya untuk kohort ini akan menyusul.

2 ulasan:

  1. hanya kenal tenggiri
    byk ikan lgi tk penah tengok

    BalasPadam
  2. arrayah.info - Umat Islam semakin tidak mengerti Hakikat Hijrah Rasulullah SAW

    BalasPadam